Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
Official Portal of Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli

logobi-Recovered

Information Technology

 

8

Unit Teknologi Maklumat UMK Kampus Jeli dipertanggungjawabkan dalam perancangan
dan penyelenggaraan pembangunan kemudahan “Information and Communications Technology”
(ICT) Kampus Jeli untuk proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) bagi Fakulti
Asas Tani (FIAT), dan Fakulti Sains Bumi (FSB) dalam urusan pentadbiran kampus.
Unit Teknologi Maklumat UMK Kampus Jeli mempunyai 5 orang kakitangan yang diketuai
oleh Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, dua orang Juruteknik Komputer, seorang Juruteknik
Komputer skim PSH serta seorang Juruteknik Komputer Vendor. Mulai bulan November
2014 seorang Pegawai Teknologi Maklumat telah melaporkan diri di Unit Teknologi
Maklumat untuk melaksanakan tugas dalam tiga (3) bentuk berikut :

Infrastruktur ICT

Menyediakan dan menyelenggarakan satu sistem prasarana rangkaian komputer dan komunikasi yang efisyen
dan peralatan ICT yang terbaik serta dilengkapi dengan langkah-langkah keselamatan yang bermutu dan
terkini di Kampus.

Informatif

Membangun dan mewujudkan satu persekitaran sistem integrasi informasi bersepadu dalam pentadbiran dan
pengurusan Unit ICT UMK Kampus Jeli.

Khidmat Pakar

Membangunkan satu sistem khidmat pelanggan yang cekap dan efisyen. Menyediakan khidmat nasihat pakar,
kursus, latihan dan penerbitan ICT selaras dengan pembangunan modal insan.

PERINCIAN UNIT ICT UMK KAMPUS JELI

Bahagian Operasi dan Teknikal adalah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan kelancaran sistem
rangkaian, komunikasi dan aplikasi beroperasi dengan sempurna di Kampus Jeli.

Unit Perkhidmatan dan Latihan

● Khidmat Sokongan Teknikal

o Menyediakan perkhidmatan bantuan teknikal kepada pengguna kemudahan ICT
o Menyediakan perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan peralatan ICT dan perisian sistem dan
perisian aplikasi
o Menyediakan khidmat nasihat berkaitan kesesuaian penggunaan peralatan ICT
o Menyediakan keperluan peralatan dan perisian mengikut piawai yang telah ditetapkan
o Menyediakan peminjaman projektor dan komputer riba kepada staf dan pelajar.
o Menyediakan dan memantau polisi dan garis panduan penggunaan kemudahan peralatan ICT
o Menyimpan rekod pengguna peralatan komputer
o Memberikan maklumbalas maklumat terkini pengguna dan peralatan yang dibawah kawalan
o Melakukan lawatan di tempat permasalahan berlaku dan menyelesaikan masalah
o Melaporkan kepada Help Desk status pembaikan dan penyelenggaraan yang dilakukan.

● Khidmat Pelanggan

o Menjadi Point of Contact di antara pengguna dengan PTM supaya semua permintaan dapat diaturkan
dengan sempurna
o Memproses, merekod dan menganalisis permohonan dari pengguna dan mengagihkan kepada pihak
berkaitan dalam PTM
o Memantau, memberi maklumbalas dan membuat susulan ke atas setiap permohonan
o Memastikan semua dokumentasi ICT Universiti yang disediakan adalah mengikut piawai yang ditetapkan

● Meja Bantuan (Helpdesk)

o Memberi sokongan kepada pengguna mengenai hal berkaitan ICT
o Mengendalikan perkhidmatan Help Desk dan sokongan asas pertama kepada pelanggan UMK Kampus
Jeli.
o Mengurus rekod inventori/aset dan penyelenggaraan semua peralatan ICT bagi tujuan rujukan dan
memudahkan pengurusan penyelenggaraan dan pembaikan
o Memantau dan memastikan semua aduan yang dibuat kepada Help Desk adalah mengikut polisi dan
prosedur sehingga penyelesaian masalah.
o Memantau status pembaikan seperti peralatan ICT dengan pembekal, pepijat perisian dan sebagainya
o Menyediakan maklum balas dan menyemak status aduan dengan pengguna
o Merancang dan mengkaji kesesuaian sistem Help Desk dari semasa ke semasa.
o Melanjutkan masalah kepada sokongan aras 2.

Facebook UMK Kampus Jeli

 

Hubungi Kami


Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli, Locked Bag 100, 17600 Jeli, Kelantan.

Tel : +609 - 947 7000 | Fax: +609 - 947 7012 Best View: Firefox 30 / IE 8 dengan resolusi 1280 x 800

Statistik Pelawat

0370683
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
106
453
1060
1856
3076
30857
370683

Forecast Today
216

11.77%
10.56%
3.94%
1.43%
0.30%
71.99%
Online (15 minutes ago):25
25 guests
no members

Your IP:54.159.64.172