dari meja pengarah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. di atas segala nikmat yang telah diberikan. Terlebih dahulu, saya amat mengalu-alukan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung yang dihormati kerana melayari laman web Pejabat Pentadbiran UMK Kampus Jeli. 

Laman web ini merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk berkongsi maklumat berkenaan misi, visi, objektif, fungsi dan struktur organisasi serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pejabat Pentadbiran UMK Kampus Jeli. Ia juga merupakan satu wadah dalam penyampaian maklumat kepada masyarakat luar dan staf UMK khususnya berkaitan perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Pejabat ini.  

Saya harap laman web ini akan dapat memberi maklumat dan panduan komprehensif pada mereka yang melayarinya. Semoga ia dapat menjadi salah satu cabang perantara pejabat ini dengan masyarakat luar dan staf universiti sendiri di samping menjadi medium terbaik dalam menyalurkan maklumat yang berkesan untuk meningkatkan  lagi mutu perkhidmatan kami. 

Saya turut mengalu-alukan maklumbalas daripada semua pihak bagi meningkatkan kualiti dan informasi dalam laman web Pejabat Pentadbiran UMK Kampus Jeli. 

Selamat melayari laman web ini. 

Sekian, terima kasih.

YBHG. LT. KOL. PROF. DR. ZALIMAN SAULI
Pengarah Kampus UMK JELI

DIREKTORI DAN STAFF

kENALI STAFF YANG BERTUGAS DI UMK JELI

Kenali staf yang menjadi tulang belakang kepada operasi Universiti Malaysia Kelantan kampus Jeli
KENALI STAFF

UNIT DAN JABATAN

KETAHUI JABATAN DAN UNIT YANG ADA DI UMK JELI

Unit dan Jabatan yang ada di UMK jeli. Lihat peranan dan tugas-tugas yang berada dibawah unit dan jabatan

LIHAT JABATAN

CARTA ORGANISASI

LIHAT CARTA ORGANISASI UMK JELI

Lihat Carta organisasi dan pengurusan Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli

LIHAT CARTA ORGANISASI

Hubungi kami

Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli, Locked Bag 100, 17600 Jeli, Kelantan.

  • Tel : +609 - 947 7000

  • Fax: +609 - 947 7012

  • Email: ppkj@umk.edu.my

Lokasi Dan peta

© Copyright Universiti Malaysia Kelatan 2019. UMK Jeli

Search