Image

Lokasi

Jeli, Kelantan

Jeli adalah salah satu daerah di Kelantan yang bersempadan dengan negeri Perak dan Thailand. Jeli mempunyai pekan kecil yang menempatkan jabatan-jabatan kerajaan dan pusat masyarakat.

Kampus UMK Jeli terletak di Gemang (6Km dari pekan Jeli) dan berada didalam jajahan Jeli. Berhampiran dengan MRSM Gemang dan juga Politeknik Jeli.

Untuk mengetahui Lebih lanjut tentang Jeli. Sila layari laman web Majlis Daerah jeli (MDJ).

pengangkutan awam

Bas

Pengguna boleh menggunakan bas express yang melalui jalan timur-barat dan juga bas express dari Kuala Lumpur - Jeli. Kebiasaannya bas-bas ini akan melalui UMK Jeli dan dihadapan UMK Jeli sendiri dijadikan tempat perhentian bas express untuk/dari Kuala Lumpur. Pihak kampus Jeli akan sentiasa mempertingkatkan kemudahan pengangkutan pelajar dari semasa ke semasa.

Kenderaan persendirian

kereta dan kenderaan lain

Pengguna boleh melalui Lebuhraya Timur-Barat yang berhubung dari barat dan utara semenanjung Malaysia. Melalui lebuhraya tersebut, pengguna akan melalui Gerik,Perak sehingga ke Jeli (Seperti rajah dibawah).

Manakala pengguna yang masuk dari gua musang boleh memilih samada untuk melalui jalan :
 - Kuala Krai - Gua Musang
 - Gua Musang - Jelawang
 - Jalan Gua Musang - Kuala Krai - Sg.Sam Dabong.

Image

129Km, Dari Gerik

Jika Anda Memandu Dari sebelah Utara Atau Barat, anda akan melalui Grik, Perak dengan menggunakan jalan Lebuhraya Timur-Barat.

Image

97Km, Dari kota bharu

Jarak UMK kampus Jeli hanya 97km dari Kota Bharu. Pelawat/Pelajar yang memulakan perjalan mereka dari
kota bharu akan melalui bebrapa daerah seperti Pasir mas dan tanah Merah sebelum sampai ke Daerah Jeli.

117Km, Dari gua musang

Jika anda melalui gua musang, anda boleh melalui dua jalan utama iaitu jalan Gua musang-jelawang dan jalan
Gua Musang - Kuala Krai.

117km, adalah jarak dengan melalui
Gua Musang - Jelawang.

Hubungi kami

Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli, Locked Bag 100, 17600 Jeli, Kelantan.

  • Tel : +609 - 947 7000

  • Fax: +609 - 947 7012

  • Email: ppkj@umk.edu.my

Lokasi Dan peta

© Copyright Universiti Malaysia Kelatan 2019. UMK Jeli

Search