• sun-wed 08.00-17.00 | thu 08.00-15.00

Inisiatif OSH Friendly Campus

Pemasangan Gabion Menghalang Tebing Runtuh

Tebing di kawasan tangka air Bangunan Pentadbiran telah dilanda masalah hakisan. Antara faktor penyebab adalah aliran sungai yang tersekat dan juga kuantiti air yang banyak semasa hujan. Justeru, sebagai langkah untuk mengelakkan daripada berlakunya tebing runtuh, pihak pengurusan kampus telah membuat perolehan kerja untuk membina gabion dan menstruktur semula aliran sungai dengan kos anggaran RM 20,000.00.

Image
Image

Pembinaan Jambatan Sementara

Jambatan yang menghubungkan kawasan makmal penyelidikan dan kolej kediaman dengan ATP, Bangunan FSB, Perpustakaan dan Bangunan Pentadbiran telah dibina pada tahun 2015. Namun, pada tahun 2017, jambatan tersebut telah runtuh akibat dilanda bencana banjir. Pada tahun 2021, PPKJ telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah jambatan sementara dengan kos anggaran RM18,000.00 bagi memberi kemudahan kepada warga kampus terutama pelajar. Jambatan sementara yang dihadkan kapasitinya ini adalah inisiatif jangka pendek yang diambil sambal menunggu jambatan kekal (inisiatif jangka panjang) diluluskan. Pihak PPKJ juga telah mengemukakan permohonan kepada pihak Universiti untuk mendapatkan peruntukan bagi pembinaan jambatan kekal yang lebih baik.

Image

Pembinaan Bonggol Jalan dan Lintasan Zebra

Jaringan jalanraya di dalam kawasan kampus adalah satu kemudahan yang sangat penting. Keselamatan pengguna jalan raya di dalam kawasan kampus adalah menjadi suatu keutamaan yang perlu ditekankan oleh pihak Universiti. Justeru, PPKJ telah mengambil inisiatif untuk membina sekurang-kurangnya lima (5) bonggol jalan dan tiga (3) lintasan Zebra di beberapa lokasi di dalam kampus. Pembinaan bonggol dan lintasan zebra ini adalah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

 

Antara kelebihan pembinaan bonggol jalan dan lintasan zebra adalah:

  1. Mengawal had laju kenderaan di dalam kawasan kampus
  2. Memastikan keselamatan pelajan kakai semasa melintas
  3. Memastikan pematuhan kepada kadar had laju yang telah ditetapkan oleh Bahagian Keselamatan
Image

Kempen Amalan Reverse Parking

Sebagai inisiatif menjadikan UMK Kampus Jeli sebagai sebuah kampus yang selamat dan OSH Friendly campus, PPKJ telah mengadakan kempen Parkir Mengundur (Reverse Parking) dengan meletakkan papan tanda di beberapa kawasan parkir yang terdapat di dalam kawasan kampus.

Dengan adanya kempen ini diharapkan semua staf, pelajar dan pengguna kenderaan di dalam kampus dapat mengamalkan kaedah meletakkan kenderaan masing-masing secara mengundur.

Antara kelebihan amalan Reverse Parking adalah:

  1. Memberikan keseragaman susunan kenderaan semasa parking;
  2. Satu langkah keselamatan bagi memudahkan pegawai/kakitangan untuk memandu keluar kenderaan masing-masing dari tempat letak kenderaan sekiranya diancam keselamatan atau kecemasan;
  3. Kenderaan yang diletak bahagian hadapan menghadap laluan kenderaan akan mudah dilihat oleh orang awam/warga yang lalu lalang sekiranya pencuri kereta sedang mencuri kenderaan, memecahkan kunci stering (steering lock), menghidupkan enjin kenderaan secara litar pintas (hot wire) dan apa-apa yang mencurigakan;
  4. Meletak kenderaan secara mengundur akan menyebabkan bonet belakang kenderaan rapat ke dinding atau dengan bonet kenderaan lain. Ini akan menyukarkan penjenayah untuk membuka bonet belakang;
  5. Data menunjukkan ianya memerlukan masa 90 saat untuk purata kereta berusia 5 tahun untuk enjinnya panas sebelum mencapai tahap suhu efisien. Menurut kajian, mengundur dari tempat letak kereta ketika enjin sejuk akan menggunakan 20-25 kali lebih banyak minyak. Memandu ke hadapan lebih menjimatkan minyak kerana ratio gear yang lebih rendah ketika mengundur berbanding dengan gear satu; dan
  6. Mengundur ke tempat letak kereta lebih selamat daripada mengundur ke laluan kenderaan. Memandu keluar ke hadapan adalah lebih selamat kerana kita dapat melihat kenderaan yang lalu dengan mudah.
Image
Image
Image

Pemasangan Sheetpile bagi Mengatasi Masalah Tebing Runtuh

Bagi mengelakkan berlakunya keruntuhan bangunan akibat hakisan tanah di Loji Rawatan Kumbahan berhampiran Bangunan Kolej Kediaman, PPKJ telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan peruntukan daripada pihak Universiti untuk melaksanakan perolehan kerja pemasangan ‘Sheetpile’ sebagai benteng di kawasan tersebut. 

Kerja pemasangan ‘sheetpile’ akan dimulakan dalam masa terdekat oleh kontraktor yang telah dilantik oleh pihak Universiti. Semoga inisiatif ini Berjaya menjadikan UMK Kampus Jeli sebagai kawasan yang selamat kepada seluruh warganya.

Hubungi kami

Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli, 17600 Jeli, Kelantan.

  • Tel : +609 - 947 7200

  • Fax: +609 - 947 7262

  • Email: ppkj@umk.edu.my
© Copyright Universiti Malaysia Kelatan 2022. UMK Jeli

Search