• sun-wed 08.00-17.00 | thu 08.00-15.00

Inisiatif Green Campus

Image

Kempen No Single-Used Plastic

Kempen No Single Used Plastic adalah salah satu inisiatif PPKJ untuk menyokong hasrat Universiti untuk menjadikan UMK sebagai Green Campus. Kempen No Single-Used Plastic adalah amalan untuk memastikan penggunakan plastik pakai buang antaranya penyedut minuman, pembungkus makanan plastik dan beg plastik. Kempen ini dimulakan dengan amalan di Kafetaria Oryzza di UMK Kampus Jeli. Semua pengusaha kafetaria diarahkan untuk tidak lagi membekalkan penyedut minuman, pembungkus makanan dan beg yang diperbuat daripada plastik pakai buang.

Image

Kempen Recycle Right

Kitar Semula merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh PPKJ untuk memastikan UMK Kampus Jeli menyokong hasrat Universiti untuk menjadi sebuah kampus hijau. Untuk permulaan, PPKJ telah menyediakan satu (1) set tong sampah kitar semula yang diletakkan berhampiran dengan Kafetaria Oryza. Satu (1) set mengandungi lima (5) tong yang pelbagai kegunaan iaitu Kuning (Aluminium), Biru (Kertas), Merah (Plastik), Coklat (Sisa Organik) dan Hijau (Lain-lain sisa).

Hubungi kami

Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli, 17600 Jeli, Kelantan.

  • Tel : +609 - 947 7200

  • Fax: +609 - 947 7262

  • Email: ppkj@umk.edu.my
© Copyright Universiti Malaysia Kelatan 2022. UMK Jeli

Search