• sun-wed 08.00-17.00 | thu 08.00-15.00

Inisiatif Kebun di dalam Kampus

Jeli Food Farm Valley (JFFV)

Sektor pertanian memainkan peranan yang penting di dalam ekonomi negara melalui sumbangannya kepada pendapatan negara dan perolehan eksport dan mewujudkan peluang pekerjaan. Industri buah-buahan tempatan di Malaysia mempunyai potensi untuk dikembangkan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap buah-buahan segar dan eksotik. Potensi industri ini perlu dikembangkan secara komersial dan teratur bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan pengusaha tani.

UMK Kampus Jeli beroperasi di atas tanah berkeluasan 254.51 ekar dikelilingi dengan kehijauan dan keindahan flora dan fauna ini berhasrat untuk menjadi hub teknologi pertanian yang menjadi rujukan dan aspirasi dalam bidang pertanian (Natural and profitable farming), teknologi, pembangunan usahawantani berjaya dan model ekonomi pertanian yang mampu meningkatkan sumber pendapatan Universiti melalui pelaksanaan Projek Jeli Food Farm Valley (JFFV). Di samping itu JFFV juga akan dijadikan sebagai makmal lapangan yang boleh dimanfaatkan oleh penyelidik, pelajar serta staf akademik dalam pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan.

JFFV merangkumi 3 fasa iaitu Fasa 1 (16.89 ekar) merangkumi Zon E (projek akuaponik), Zon A (tanaman manga, betik, ciku mega dan jambu batu, Zon B (markisa dan melon) dan Zon F (tanaman buluh sebagai projek pengukuhan tebing sungai), Fasa 2 (13.65 ekar) merangkumi Zon C (Mesta), Zon D (Limau, durian belanda, ciku, jambu batu, belimbing, Zon G (mulberry dan dokong) serta Fasa 3 (60 ekar) untuk Zon H (tanaman nenas, pisang, rambutan, pulasan, cempedak, manggis, mata kucing, dokong, kelapa), Zon I (Secret Garden- herba), Zon J (cempedak, nangka dan manggis), Zon L (Durian Musang King). JFFV Fasa 3 juga turut diperuntukkan kawasan seluas 7 ekar (Zon J untuk dijadikan germplasm durian yang dijangka menanam hampir 200 jenis durian pelbagai jenis.

Pelaksanaan JFFV akan memberi impak kepada pembangunan keusahawanan pelajar melalui penubuhan syarikat dan aktiviti hiliran. Selain itu, JFFV juga memberi impak positif kepada pembangunan akademik dengan berfungsi sebagai makmal lapangan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan. Pelaksanaan JFFV juga akan turut memberi impak kepada pembangunan sosio-ekonomi masyarakat setempat melalui penambahan peluang pekerjaan dan juga pembangunan industri berkaitan pertanian. Di samping itu, JFFV juga turut akan memperluas jaringan kerjasama UMK dengan agensi berkaitan samada agensi kerajaan mahupun institusi pendidikan tinggi dalam dan luar negara serta menjana pendapatan kepada universiti dengan kadar royalti jualan sebanyak 5% daripada jumlah hasil jualan kasar.

Image

Penanaman Buah Markisa

Image
Image

Penanaman Pokok Lada

Image
Image

Hubungi kami

Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli, 17600 Jeli, Kelantan.

  • Tel : +609 - 947 7200

  • Fax: +609 - 947 7262

  • Email: ppkj@umk.edu.my
© Copyright Universiti Malaysia Kelatan 2022. UMK Jeli

Search